PASUKAN bola sepak Malaysia 7 Sebelah Fandi Othman teruja dengan kemenangan besar ke atas Hong Kong pada aksi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Asia yang berlangsung di Elmina Sale Gallery, Jumaat.

Menurut Fandi kemenangan tersebut dijadikan semangat untuk pasukan negara mara ke suku akhir.

“Untuk motivasi hari ini, kami ingin kembalikan maruah pasukan dan kami akan sentiasa buat yang terbaik untuk pasukan negara.

Insyaallah, suku akhir mungkin akan berlawan dengan pasukan Singapura dan kami akan buat yang lagi terbaik untuk perlawanan itu,” kata Fandi ketika ditemui selepas perlawanan menentang Hong kong. 

Menurut Fandi, rival antara Malaysia dan Singapura dalam bola sepak 11 sebelah juga terbawa ke dalam format 7 sebelah ini.

“Bagi saya, berlawan dengan pasukan Singapura dalam bola sepak 11 lawan 11 pun rival, dan untuk perlawanan malam ini lawan mereka, kami akan tetap masih rival lagi dan yang paling penting kami akan berikan persembahan yang terbaik.

“Ada beberapa pemain Singapura yang kami berkawan, dan saya tahu permainan mereka, kelebihan serta kelemahan mereka.

“Mereka pun tahu kelebihan dan kekurangan kami, jadi saya boleh kata ini akan jadi satu perlawanan yang agak menarik,” tambahnya.