KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) mendapat suntikan semangat dalam usaha memperkasa sukan hoki negara menerusi jalinan kerjasama dengan Mizuono Malaysia Sdn Bhd, sebagai rakan strategik kepada pasukan hoki padang wanita senior dan remaja, serta pasukan kebangsaan hoki dalam dewan lelaki dan wanita.

Mizuno, jenama antarabangsa  yang cukup terkenal dalam kepelbagaian peralatan, pakaian sukan seperti ping pong, badminton, folf, besbol dan sukan bela diri, memiliki teknologi tinggi dalam produk mereka.

Pengurus Negara (Malaysia) Mizono, Darren Wong berkata, mereka menjalin kerjasama dengan KHM selepas melihat potensi yang ada dalam pasukan negara.

“Mizuno juga menaja pasukan hoki Jepun, Great Britain, Ireland dan beberapa kelab di Eropah dan Malaysia memiliki potensi sama di mata kami.

“Pasukan negara bermain cemerlang dan memilii keyakinan tinggi,” kata Darren.

Kerjasama strategik antara Mizuno dan KHM itu diikat selama setahun dengan opsyen tambahan setahun.

Presiden KHM, Dato’ Seri Subahan Kamalsendiri menyatakan rasa gembira dan bangga apabila Mizuno sedia menaja skuad negara: “Kami teruja dengan kerjasama ini dana akan membawa pasukan hoki wanita (senior dan remaja) serta skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita ke tahap lebih baik.

“Kami mengalu-alukan kerjasama ini apatah lagi Mizuno sebuah jenama ternama dan ini satu penghormatan.”

Menurut beliau, Mizuno amat menyedari bahawa pasukan wanita negara, baik senior dan remaja memiliki masa depan yang cerah untuk menjadi yang terbaik di Asia.

Untuk rekod, kehadiran Mizuno itu tepat pada masanya ketika skuad wanita senior akan menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Bihar, India (11-20 November) manakala pasukan remaja wanita pula akan beraksi di Piala Remaja Asia yang akan berlangsung di Muscat, Oman (Disember).

Sementara itu, skuad hoki lelaki dalam dewan pula akan beraksi di Piala Dunia Hoki Dalam Dewan FIH 2025 di Porec, Croatia (3-9 Februari).