PEMAIN Portsmouth berdepan situasi cemas apabila mereka terkandas dalam lif selepas kemenangan mereka ke atas Queens Park Rangers (QPR) pada Ahad.

Lebih daripada sembilan pemain Portsmouth, termasuk Freddie Potts dan Callum Lang.

Situasi ini dikongsi oleh pemain pertahanan, Tom McIntyre, yang memuat naik video di Instagram miliknya. Klip itu menunjukkan para pemain berhimpit di dalam lif sambil cuba membuka pintu, tetapi hanya menemui dinding di sebaliknya.

Selepas berjaya keluar dari lif, McIntyre memuat naik video tersebut dengan kapsyen, “Perlu terkandas dalam lif setiap minggu nampaknya.”

Lang turut berkongsi video yang sama di Instagram miliknya dengan hantaran, “Simpan air tu, kawan-kawan,” bersama emoji ketawa.

Anak buah John Mousinho meraikan kemenangan pertama mereka dalam Kejuaraan musim ini di Loftus Road selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1.

Portsmouth akan beraksi kembali pada awal pagi rabu, bermainan di tempat lawan menentang Cardiff Yang berada kedudukan di atas mereka berdasarkan perbezaan gol. 

Kemenangan keatas  QPR menandakan kemenangan pertama Portsmouth dalam divisyen kedua selepas lebih 4,000 hari, berikutan ketiadaan selama 12 tahun daripada Kejuaraan.

 Portsmouth kembali ke Kejuaraan secara dramatik pada bulan April lalu apabila mereka menewaskan Barnsley di Fratton Park untuk menjulang trofi Liga Satu.