PASUKAN Harimau Malaya akan beraksi di gelanggang asing dalam dua perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Laos dan India November ini.

Perlawanan pertama skuad kendalian Pau Marti akan berlangsung pada 14 November 2024 menentang Laos, namun Laos memilih Bangkok, Thailand sebagai venue di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) selepas venue asal mereka di Stadium Nasional Lao KM16, Vientiane, digunakan untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemilihan Bangkok juga memudahkan persediaan Laos yang bakal berdepan Thailand di tempat sama pada 17 November.

Sementara itu, Harimau Malaya dijadualkan terus terbang ke India untuk perlawanan kedua menentang pasukan Blue tigers itu, dengan lokasi perlawanan akan diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

Laos dan Malaysia kali terakhir bertemu pada Kejohanan AFF 2022, di mana Harimau Malaya menang selesa 5-0.

Faisal Halim, Haqimi Azim Rosli, Sergio Aguero, dan Stuart Wilkin masing-masing mencatatkan nama sebagai penjaring pada perlawanan mementang Laos pada Kejohanan AFF 2022, di mana Harimau Malaya menang selesa 5-0.

Dengan ranking FIFA terkini menunjukkan Malaysia di tangga ke-133, India di tangga ke-125, dan Laos di kedudukan ke-187, perlawanan ini bakal menjadi medan penting buat Malaysia untuk memperkukuhkan persiapan serta momentum mereka di bawah kendalian Pau Marti dalam kalendar antarabangsa FIFA kali ini.