NIDZAM Jamil meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC berkuat kuasa serta-merta.

Pada Rabu Selangor FC memuatnaik kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatan Nidzam dan menghormati keputusan tersebut.

Nidzam,44, memulakan perjalanannya bersama Selangor FC pada 22 November 2021 sebagai penolong pengurus pasukan.

Sepanjang tempoh ini, dia terlibat dalam pelbagai peranan yang mencabar, bermula sebagai caretaker pada 9 Ogos 2022 selepas peletakan jawatan Michael Feichtenbeiner.

Selepas pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pada 24 September 2022, Nidzam kembali sebagai penolong jurulatih sebelum akhirnya mengambil alih sepenuhnya peranan ketua jurulatih pada 16 Mac 2024 apabila Tan Cheng Hoe menerima tawaran daripada Police Tero FC pada 29 Februari 2024.

Nidzam sentiasa memupuk semangat kompetitif dalam kalangan pemain yang menjadi kunci utama mengekalkan momentum pasukan sepanjang musim.

Di bawah pimpinan Nidzam menyaksikan Selangor FC  berada dalam kedudukan yang baik dalam aksi liga, manakala berjaya membimbing pasukan untuk muncul sebagai naib juara Piala FA tahun ini.

Selain itu, Selangor juga menonjol di pentas Asia apabila menduduki tempat teratas dalam kumpulan H di Liga Juara-Juara AFC Two.

Bawah bimbingan Nidzam, Selangor juga menonjol di pentas Asia apabila menduduki tempat teratas dalam kumpulan H di Liga Juara-Juara AFC Two.

Kini, tanggungjawab sebagai ketua jurulatih digalas sementara oleh Abdi Hassan sehingga Selangor FC berjaya mendapatkan pengganti baharu bagi posisi ketua jurulatih.