PASUKAN Wangsa Maju City FC  (WM City FC) merakam kemenangan terbesar pada minggu kedua saingan bola sepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2024 selepas membelasah Galaxi Social Team 9-0 dalam aksi Kunpulan A yang berlangsung di padang MSN Setiawangsa pada Ahad.

WM City hanya memerlukan sebelas minit untuk membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah mereka, Nur Lyana yang bijak melepasi halangan benteng lawan sebelum menemui sasaaran bagi gol pertama perlawanan.

Belum sempat lawan bangkit, WM City menambah duka Galaxi dengan dua gol jaringan peyerang utama mereka, Puteri Umi Sofea pada minit ke-10 dan 11 perlawanan yang memberi keyakinan buat mereka terus mendominasi perlawanan.

WM City terus merobek gawang Galaxi menerusi jsaringan Siti Nabila minit ke-36 bagi membolehkan mereka mendahului selesa 4-0 tamat babak pertama perlawanan.

Pemain Wangsa Maju City FC (kiri) cuba menghalang pemain lawan dalam aksi petang Ahad.

Masuk babak kedua, WM City terus mendominasi menerusi dua gol jaringan Nurul izzah minit ke-42 dan juga 44, sebelum Putreri Umi menambbah dua lagi gol minit 48 dan 56 sebelum Nur Lyana melengkapkan sengsaara Galaxi dengan gol kesembilan ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

Satu lagi Aksi Kumpulan A yang turut berlangsung di Arena Azman Hashim, Hospital Universiti kebangsaan Malaysia menyaksikan KL Sunbears FC meraih kemenangan 2-0 ke atas Mix Stars.

Saingan Kumpulan B yang berlangsung  di MSN Setiawangsa pada Ahad menyaksikan Kelantan FA menewaskan Streen FC 3-0 dan satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Setiawangsa Rangers seri 1-1 dengan Bandar Tun Razak FC di Arena Azman Hashim.