KELAB dari Thailand, Pattaya United melakar kejutan melangkah ke pentas final kategori B-12 tahun Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan JDT Academy, 2-1 untuk memastikan pertembungan final berdepan NFDP A pada Isnin.
Turun berdepan JDT Academy yang dilabel pasukan pilihan, Pattaya United mempamerkan aksi kemas dengan hantaran pendek dan serangan melalui sayap dan berjaya menjaringkan dua gol menerusi Supakorn Hancai dan Wuttiphat Juimuangri.
Kemenangan itu membawa Pattaya United ke final bertemu NFDP A yang menewaskan NFDP B 3-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang akan bertemu JDT Academy bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Sementara itu, pasukan AMD Future akan berhadapan Zhejiang PFC dari China untuk aksi final B-13 tahun manakala JDT Academy akan bertemu Buriram United dari Thailand untuk perlawanan akhir kategori B-14 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
Kejohanan Piala Supermokh 2024 berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil bermula 13 hingga 19 November 2024 dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan dari sembilan buah negara.