BINTANG bola sepak Brazil, Neymar, sekali lagi mencuri perhatian dengan gaya hidup mewahnya apabila membeli sebuah penthouse bernilai £43 juta (RM249.4 juta) di Dubai.

Hartanah mewah ini terletak di blok eksklusif Bugatti Residences yang menampilkan kemudahan luar biasa, termasuk lif kereta peribadi yang membolehkan Neymar naik terus ke pintu rumahnya tanpa perlu keluar dari kenderaan.

Penthouse yang dibeli Neymar ini dikenali sebagai ‘Sky Mansion,’ dan terletak di kawasan mewah yang dibangunkan oleh syarikat Binghatti.

Unit tersebut dilengkapi dengan kolam renang peribadi yang menawarkan pemandangan indah bandar Dubai.

Bugatti Residences ini menawarkan kemewahan yang luar biasa

Neymar yang kini bermain untuk Al-Hilal di Liga Pro Saudi sedang berdepan masa depan yang tidak pasti di kelab tersebut kerana masalah kecederaan.

Namun, itu tidak menghalang bintang berusia 32 tahun ini daripada menambah koleksi hartanahnya dengan pembelian penthouse futuristik ini di Emiriah Arab Bersatu.

Selain kemudahan lif kereta peribadi, penthouse ini juga dilengkapi dengan pusat kecergasan dan kelab eksklusif untuk penghuni, menambah lagi daya tarikan kepada hartanah mewah yang luar biasa ini.

Reka bentuknya telah menjadi tumpuan orang ramai yang berada di sekitar itu