PEP Guardiola dilaporkan bersedia untuk memperbaharui kontraknya di Manchester City, yang akan mengikatnya dengan juara Liga Perdana Inggeris itu sekurang-kurangnya sehingga 2026, dengan pilihan lanjutan selama 12 bulan.
Pengumuman rasmi daripada kelab dijangka akan dibuat tidak lama lagi, mengakhiri segala spekulasi mengenai masa depannya dan menamatkan ketidakpastian bagi pihak pemegang gelaran Liga Perdana yang sedang berlangsung.
Menurut seorang wartawan terkenal, Fabrizio Romano, Kontrak baharu antara City dan pep untuk satu musim lagi dengan pilihan tambahan satu tahun hingga 2027 telah dipersetujui.
“Pep Guardiola kekal di Manchester City hingga Jun 2026, semuanya telah dipersetujui!
“Kontrak baharu untuk satu musim lagi dengan pilihan untuk tambahan satu tahun hingga 2027.
“Seperti yang didedahkan pada bulan Oktober, City sentiasa yakin untuk mengekalkan Pep walaupun pengarah Txiki Begiristain akan meninggalkan kelab dan City tidak pernah berbincang dengan mana-mana pengurus lain,” katanya yang dipetik daripada Instagram rasmi miliknya.
Arsenal, yang terlibat dalam saingan sengit untuk merebut gelaran Liga Perdana dalam dua musim terakhir dengan City, gagal menandingi kehebatan pasukan Guardiola apabila berakhir di tempat kedua dengan jarak yang sangat rapat.
Kini, dengan berita bahawa Guardiola mungkin kekal di Premier League hingga 2027, rata-rata penyokong pesaing mula menambah sindiran terhadap Arteta dan pasukannya.
“Another year to see Arsenal fans crying, love it..”
“CITY winning the league AGAIN , Arsenal crying AGAIN..”
“MEANING ARSENAL AINT WINNING SH!T TILL 2026…” antara komen-komen social media di kiriman berkenaan.
Berita pengesahan kontrak Guardiola ini datang pada waktu yang kurang menyebelahi pasukannya, di mana City sedang menghadapi prestasi buruk yang jarang berlaku.
Walaupun menduduki tempat kedua dalam carta Liga Perdana dengan 23 mata dari 11 perlawanan, mereka ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liverpool.
Lebih memburukkan keadaan, City sedang bergelut dengan rekod kekalahan terburuk di bawah Guardiola, dengan empat kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Pasukan Guardiola dijangka berdepan Tottenham di Etihad pada Ahad, berharap untuk menghentikan rentetan kekalahan mereka.