FINAL buat kali kelapan bertemu Laos pada Jumaat sejak Piala AFF B-19 diperkenalkan tidak harus dipersiakan begitu sahaja oleh para pemain Pasukan B-19 Kebangsaan.
Muncul pemenang edisi 2018 sebelum bergelar naib juara 2003, 2005, 2006, 2007, 2017 dan 2019.
Malah, kejayaan pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia 2023 seharusnya melonjakkan motivasi anak didik Hassan Sazali Mohd Waras untuk meraih pingat kejuaraan.
Malah, berkemungkinan ada seorang dua pemain dari pasukan ini boleh dipanggil memperkuat Harimau Malaya kelak.
Flash Sukan sempat menemubual jurulatih antarabangsa Malaysia, Raja Isa Raja Akram Shah bagi mendapatkan pandangan dan taktikalnya yang arif mengenali pemain bola sepak khusus di peringkat Asia Tenggara
FLASH SUKAN (FS) : Secara ringkas anda melihat aksi keseluruhan keputusan perlawanan Malaysia B-19.
RAJA ISA : Berdasarkan analisa secara ringkas setelah melihat hasil pertandingan pasukan Malaysia B-19 di peringkat kumpulan mereka tidak ada sebab untuk tidak juara di Piala AFF B-19 2022. Ini adalah final ke-8 sejak di pertandingkan dan mereka pernah menang pada 2018.
FS : Bagaimana anda melihat generasi Malaysia B-19 kali ini.
RAJA ISA : Generasi B- 19 Malaysia 2022 luar biasa kerana senarai pemain-pemain yang dipilih kali ini adalah dari mereka yang minute of playing di level senior league secara langsung menjadi kekuatan pasukan AFF B-19 hingga layak ke final ke-8 Piala AFF B-19. Dari 25 pemain 11 dari Selangor FC. Enam dari JDT, empat dari NFDP, tiga dari Malaysia B-17 dan seorang dari Kuala Lumpur City FC. Omar Ryan dari Red Star Belgrade Serbia B-23 walaupun sederhana dan tidak seberapa bagus namun berpengaruh untuk imej bola sepak Malaysia.
FS : Laos B-19 mula mempamerkan peningkatan sejak kebelakangn ini. Apa info yang anda boleh kongsikan kepada kami.
RAJA ISA : Saya analisa semua empat perlawanan Laos di peringkat kumpulan. Memang secara data dan statistik mereka mengejutkan. Semua ini tidak jauh dari usaha Laos FA memperbaiki program. Kalau dulu mereka dikendali oleh jurulatih dari Singapura. Sekarang mereka kontrak jurulatih import yang baru.
FS : Apa kekuatan Laos B-19 dan bagaimana corak taktikal boleh diberi perhatian khusus pemain negara?
RAJA ISA : Kekuatan Laos bermain dengan semangat satu pasukan serta bergerak satu unit. Senjata utama atau plan taktikal adalah transition secepatnya masuk ke kotak 18 dan melakukan finishing. Lihat saja peluang mereka lakukan semasa dua jaringan gol yang membawa Laos ke final. Selain itu, fokus dan semangat mahu menang termasuk penjaga gawang Laos yang sangat aktif dan penuh tumpuan. Malaysia B-19 wajib beri perhatian dua pemain Laos, Peter Panthavong dan Thongkamsavann.
FS : Jika ada kekuatan, pastinya Laos B-19 juga ada kelemahan.
RAJA ISA : Laos ada kelemahan utama. Saya yakin kalau Malaysia mampu menjaringkan gol itu akan pasti memberi tekanan buat lawan. Sepanjang pertandingan Laos sapu bersih 12 mata di peringkat kumpulan dan terbaru kalahkan Thailand 2-0. Laos sudah capai match climax dan peaking. Hanya tinggal Malaysia B-19 tenang dan fokus. Insha Allah, Malaysia johan untuk edisi ke-8. Paling penting, jangan hilang fokus dan tidak membenarkan kepada Laos dapat gol awal. Faktor utama Laos mengalahkan Thailand selain taktikal dan strategi bermain sebagai satu unit adalah bonus 400 juta KIP (lebih hampir RM100,000) yang diberikan sebelum pertandingan melawan Thailand benar-benar membuat pasukan Laos B-19 seperti ke medan perang.
FS : Apa perkara utama perlu dilakukan Hassan Sazali bagi mengelak terjerat pihak lawan.
RAJA ISA : Tindakan yang wajar di berikan oleh jurulatih Hassan Sazali melakukan penggiliran pemain dan rotation and recovery with proper nutrition yang kali ini di Piala AFF B-19 cuma 48 jam. Biasanya 72 Jam menjadi part of non technical good decision dan Malaysia layak ke final kalahkan Vietnam 3-0. Secara ringkas, siapa pun jurulatih mahupun lokal atau import, pasukan Malaysia B-19 adalah generasi emas yang baru punya potensi sebagai feeder buat pasukan era Kim Pan Goon ala Pali Pali Korea. Kapten B-19 Malaysia bersama dua pemain B-23 Ubaidullah dan Faiz Amir dari pasukan Piala Asia B-23 Malaysia, Najamudin dari JDT II dan beberapa pemain versatile seperti Adam Faizal dan Alif Izwan Yuzlan, mereka masih berusia sekitar 18 tahun mampu kalahkan Laos di final !