PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 19 tahun sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala AFF 2022, Indonesia.
Daripada keseluruhan 25 orang pemain yang mewakili negara, 22 orang adalah merupakan graduan dari program NFDP.
Menurut ciapan di Twitter @NFDPOfficial itu, pemain dipecahkan seperti berikut.
“Pusat Latihan Daerah (PLD) Kuala Selangor dibarisi oleh Haikal Sahar manakala Adli Ahamad dari PLD Pasir Puteh.
“Bagi Sekolah Sukan Negeri (SSN) Terengganu diwakili Aizat Aiman dan SSN Kuala Lumpur, Haqimi Azim,” tulis hantaran itu.
Manakala, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Generasi 2003 diwakili Syahmi Adib Haikal, Muhammad Faiz Amer Runizar, Fakrul Fareez, Azannis Adzri, Haiqal Haqeemi, Ziad El Basheer dan Najmudin Akmal.
“Generasi 2004 ; Abdul Rahman, Alif Farhan, Izrin Ibrahim, Aliff Izwan, Danish Irfan, Adam Farhan, Adam Daniel dan Zulhilmi Sharani.
“Generasi 2005 ; Zuryhakim Zafran, Adam Haikal dan Haykal Danish.
“Kami mendoakan kejayaan pasukan negara untuk aksi final nanti menentang pasukan Laos esok,” ujarnya lagi.