PELUMBA pasukan YYPang Yamaha Racing, Md Fareez Afeez Abd Rahman tampak hebat di litar teknikal Terengganu apabila berjaya di tangga teratas bagi kategori CP125 di Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.
Kejayaannya di pusingan keempat baru-baru ini mengukuhkan kedudukannya secara keseluruhan di tempat ketiga.
“Bagi saya, saya agak yakin dengan kemampuan jentera saya ketika berlumba di litar Terengganu.
“Walaupun saya tidak biasa berlumba dalam keadaan hujan dan merupakan sesuatu yang sukar untuk dikuasai, keyakinan saya terhadap tayar dan jentera saya telah membuahkan hasil bagi saya.
“Dengan pengalaman hari itu, saya kini telah mempelajari cara mengambil selekoh ketika hujan.
“Jempol adalah salah satu litar kegemaran saya. Saya telah membuat persediaan sebanyak yang mungkin untuk menebus kekecewaan saya dua tahun lepas disebabkan oleh kerosakkan pada jentera saya,” katanya yang pada musim lepas mendapat tempat keempat secara keseluruhan.