HARI pertama saingan Kelayakan Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Switzerland menyaksikan pasukan Malaysia mendahului Kumpulan 7 selepas tamat dua perlumbaan.

Bagaimanapun ia bukan mudah buat pasukan ‘Monsun’ untuk menguasai perlumbaan selepas cabaran getir dilalui Ketika berada dalam kelompok bersama Afrika Selatan dan India dengan mendominasi sebahagian besar perlumbaan pertama di pusingan ke-5 di Tasik Neuchâtel.

Malaysia terpaksa membuat garisan yang lebar di penanda terakhir dimana mereka melakukan kesilapan yang membenarkan skuad kendalian Ian Ainslie untuk melepasi mereka bagi meraih mata maksimum.

Afrika Selatan, yang juga dikenali sebagai Ubuntu, memperoleh tiga mata selepas memintas Malaysia berhampiran dengan garisan penamat dengan masa 45:30 saat. Malaysia meraih dua mata (+15saat) dan India dengan satu mata (+32s).

Dalam perlumbaan kedua, Malaysia membalas dendam terhadap Afrika Selatan, yang turut menewaskan mereka di Acara Ujian 1, September lalu.

 

Dengan hanya 16 kaki memisahkan armada sebelum garisan penamat, jurumudi Malaysia Khairulnizam Mohd Afendi mengemudi pasukan melintasi garisan penamat dengan masa 41:40s untuk meraih mata maksimum.

“Perlumbaan satu tidak begitu baik kerana kami membuat kesilapan dengan arah angin di mana keputusan dibuat kami itu silap.

“Kemudian, kami dipintas pada minit terakhir (Afrika Selatan) tetapi kembali lebih kuat dalam perlumbaan kedua untuk menang. Semangat kru kami amat positif dan kami akan terus berusaha pada hari-hari yang dating sehingga Jumaat jadi teruskan menyokong kami,” ujar Khairulnizam.

Malaysia mendahului Kumpulan 7 dengan lima mata daripada dua perlumbaan. Manakala India menamatkan saingan 28 saat di belakang di tempat kedua diikuti Afrika Selatan mengutip satu mata.