PEMAIN tengah prolifik Denmark, Christian Eriksen telah disahkan menyertai kelab Manchester United dengan mengikat kontrak selama tiga tahun sehingga Jun 2025.
Sebelum ini, Eriksen (gambar Getty Image) mengejutkan dunia apabila mengalami serangan jantung dalam perlawanan Euro menentang Finland dilaporkan kembali beraksi bersama Brentford dalam kontrak jangka pendek pada Januari.
Eriksen sangat teruja beraksi untuk kelab Liga Perdana Inggeris yang disifatkan mempunyai sejarah luar biasa dalam dunia bolasepak serta menjadi impian semua pemain beraksi di Old Trafford.
“Manchester United adalah satu kelab yang istimewa, saya tidak sabar untuk beraksi. Saya telah mempunyai banyak peluang beraksi di Old Trafford sebelum ini namun apabila saya sendiri menyarung jersi Red Devils, ia merupakan perasaan yang luarbiasa,” ujar Eriksen kepada media.
Sementara itu, Pengarah Bolasepak Manchester United, John Murtough turut melontarkan pandangan tentang pemilihan Eriksen dalam kelab Red Devils.
“Christian telah menjadi salah seorang pemain terbaik posisi attacking midfielder di Eropah sepanjang kareernya. Tidak hairanlah banyak tawaran untuknya semasa jendela perpindahan. Kita sangat gembira kerana dia yakin ini adalah kelab terbaik buatnya ,” jelas Murtough.
Pemain tengah itu mempunyai 115 cap bersama Denmark, menjaringkan 38 gol untuk negaranya. Dia juga telah beraksi dalam 237 perlawanan di Liga Perdana Inggeris, dengan menyumbang 52 gol dan melakukan 71 assists.