Foto: TFC

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain, optimis skuad kendaliannya mampu meraih kemenangan di Stadium Likas dalam aksi Liga Super malam esok.

Nafuzi berkata, meskipun Sabah FC muncul antara pasukan terbaik dalam saingan musim ini namun misi tiga mata bukan misi mustahil selagi Terengganu beraksi seperti dirancang.

Menurutnya, pertemuan dengan Sabah FC memerlukan barisan pemain Sang Penyu bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk bermain di depan puluhan ribu penyokong tegar The Rhinos.

“Carta liga menunjukkan kualiti pasukan Sabah dan bukan tugas mudah beraksi di tempat lawan dengan prestasi mereka beradap pada tahap terbaik sekarang.

Tahun ini adalah tahun kebangkitan Sabah dan itu menjadi ujian genting buat Terengganu. Apa yang boleh kami lakukan adalah beri persembahan terbaik di atas padang.

“Saya yakin dan percaya dengan barisan pemain Terengganu untuk mendapatkan tiga mata dari tempat lawan, namun terpulang kepada pemain,” katanya ketika ditemui FLASH SUKAN.

Tambah Nafuzi lagi, beberapa pemain masih berada dalam senarai kecederaan termasuk kapten, Kipre Tchetche (lutut) dan Rahadiazli Rahalim (bahu) sekaligus terpaksa disisihkan untuk bertemu Sabah.