AKSI hari ketiga Piala Sultan Azlan Shah 2024 menyaksikan pertembungan dua pasukan yang menduduki carta teratas kumpulan iaitu Pakistan dan Jepun.

Aksi yang berlangsung pada lewat petang itu menyaksikan pasukan kendalian Yoshihiro Anai berjaya menewaskan Pakistan dengan keputusan 1-0.

Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan begitu berhati-hati, dengan kedua-duanya cuba untuk mengenal pasti taktikal permainan.

Di suku kedua, Jepun mula bermain secara menyerang dan cuba untuk menembusi bahagian pertahanan Pakistan. Mereka mempunyai peluang untuk menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti namun gagal menemui gawang jaring.

Jepun memperkemaskan permainan prinsip hoki ‘Samurai’ mereka di suku ketiga dalam misi mereka mencari gol kemenangan.

Mereka akhirnya berjaya menembusi pintu gol Pakistan apabila Ken Nagayoshi berjaya menjaringkan gol secara terus menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-33.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan kendalian Roelant Oltmans cuba untuk mengawal permainan untuk mencari gol penyamaan.

Dalam kesibukan Pakistan untuk mencari gol penyaamaan, Jepun melancarkan serangan balas terhadap pintu gawang Pakistan namun percubaan mereka digagalkan apabila penjaga gol Pakistan menyelamatkan dua percubaan yang dilakukan.

Pakistan akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-59 apabila Rana Waheed Ashraf menjaringkan gol hasil pukulan sudut penalti untuk Pakistan mencuri 1 mata daripada perlawanan ini.

“Perlawananan yang sangat sengit dan kami berterusan melakukan tekanan kepada benteng pertahanan Pakistan dan sepatutnya memperolehi lebih banyak gol.

“Jika berdasarkan corak permainan sepatutnya kami harus menjadi pemenang. Sudah tentu Pakistan pasukan yang bagus, memiliki pemain yang berkemahiran tinggi dan memiliki pukulan sudut penalti dengan gaya tersendiri,” kata ketua jurulatih Jepun, Yoshihiro Anai

Kedua-dua pasukan kekal rekod tanpa kalah dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024. Pakistan akan bertemu Kanada pada aksi seterusnya manakala Jepun akan bertemu juara bertahan Malaysia pada jam 8.30 malam esok.