BELUM memikirkan mengenai penyertaan kejohanan, Aaron dan mahu fokus kepada, memperbetul dan mengasah kemahiran diri.

Aaron berkata, kecederaan jari kaki kanan Soh Wooi Yik memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya, dan dia sendiri tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali ke gelanggang kejohanan.

Soh Wooi Yik yakin, mengalami kecederaan kaki kira-kira sejak sebulan lalu.

“Sebenarnya, kecederaan Woi Yik tidak serius tetapi memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Biarlah dia kembali ke gelanggang perlahan-lahan dan memberi saya masa untuk mendapatkan kembali rasa ghairah pertandingan itu.

“Terkini akan ada kejohanan di Hong Kong dan China, tapi perlu tengok situasi Woi Yik dulu. Kami sudah bincang dan tidak tergesa-gesa,” kata Aaron, ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini berada di ranking ketiga dunia.

Mengulas lanjut, Aaron yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris dan Tokyo, mengakui menaruh harapan untuk beraksi di Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, Disember ini, namun tidak mahu terlalu memaksa.

“Kecederaan kita tak mampu jangkakan tahap kesembuhan, jadi saya hanya  mempersiapkan diri dahulu kerana ada 4-5 kejohanan lagi… kalau ada rezeki dapat main di Jelajah Dunia Akhir, jika tidak cuba tahun hadapan.”

Pasangan nombor 3 dunia itu, kini berada di ranking kesembilan Jelajah Dunia, dengan hanya dibezakan kurang 1,000 di belakang jaguh India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.