JUARA bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus mengekalkan aksi cemerlang kepada kem Malaysia dalam kempen Kejohanan Badminton Dunia.

Ia selepas pemain nombor empat dunia itu mara ke separuh akhir beregu lelaki selepas menewaskan pemain China Liu Yuchen-Ou Xuanyi dengan penuh bergaya 21-10, 15-21, 21-14 di Royal Arena di Copenhagen pada awal pagi Jumaat.

Berbekalkan keazaman yang kuat, Aaron-Wooi Yik beraksi mantap untuk meraih kemenangan pertama mereka ke atas gandingan No. 7 dunia dalam empat pertemuan.

Mereka akan menentang pemain Korea Selatan Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae untuk merintis tempat ke final kedua berturut-turut petang ini.