AARON Chia-Soh Wooi Yik sudah boleh menarik nafas lega apabila sudah mengesahkan tempat ke suku akhir Sukan Olimpik Paris, selepas mencapai kemenangan kedua dalam kumpulan A.
Berdepan Adam Dong-Nykl Yakura dari Kanada, pasangan negara itu tiada masalah apabila bermain mengikut rentak sendiri sebelum mememangi perlawanan straight set 21-10, 21-15.
Slot ke suku akhir disahkan selepas pilihan utama kejohanan, Liang Wei Keng-Wang Chang turut mencapai kemenangan kedua dalam kumpulan A, dengan menundukkan pasangan Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy 21-18, 13-21, 21-14.
“Beraksi sebelum pasangan China memberi kelebihan kepada kami.
“Untuk berdepan Wei Keng-Wang Chang pada perlawanan terakhir kumpulan, sudah tentunya kami jangkakan sengit dan saya yakin hanya pasangan yang bersedia dan berada di tahap mental terbaik akan memenanginya,” kata Wooi Yik.
Pertemnuan antara Aaron-Wooi Yik menentang Wei Keng-Wang Chang esok, akan menentukan siapa yang layak mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan A.