PEMILIK AC Milan, Gerry Cardinale merancang untuk merekrut seorang bintang tenis, Novak Djokovic sebagai jurulatih mental dalam pasukan Serie A itu.
Mengikut akhbar yang dilaporkan oleh La Repubblica, Djokovic bakal diberi peluang untuk melatih para pemain dari segi dalaman supaya mempunyai ketahanan mental yang lebih kuat bagi menghadapi cabaran yang lebih besar kelak.
Perancangan tersebut dibuat susulan saingan Serie A musim-musim lalu yang agak sukar buat AC Milan untuk berada di kedudukan yang sepatutnya.
Oleh itu, ikon sukan yang cemerlang iaitu pemain tenis berusia 36 tahun tersebut diberi kepercayaan untuk menyertai barisan kejurulatih sejurus memberikan sokongan dan dimensi unik kepada pasukan tersebut.
Para pemain juga perlu memanfaatkan sikap mentaliti juara dan mental yang kental seperti ditunjukkan oleh Djokovic sepanjang kerjayanya dalam sukan tenis.
Sementara itu, Djokovic yang merupakan pemegang rekod Grand Slam itu juga sering menonton perlawanan di San Siro sekali gus menunjukkan semangat dan kesetiaannya kepada kelab Milan.
Peluang ini dapaty digunakan Dkojovic untuk bertemu dengan pemain-pemain Milan seperti Rafael Leao dan Ismael Benacer untuk memperkuat hubungan sesama mereka.
Untuk rekod, AC Milan kini berada di tempat ketiga dalam carta Serie A manakala Juventus sedang menduduki tempat kedua disusuli dengan Inter Milan menyambar kedudukan pertama.
Milan akan berusaha untuk kembali ke landasan kemenangan sambil sedaya upaya mencari kemenangan ke-20 mereka di Itali.