TIGA emas dimenangi pada Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I dan II, dua minggu lalu menjadi penyuntik semangat buat Amber Yong mempamerkan peningkatan prestasi di Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, di Veledrom Nasional, Nilai.

Bagaimanapun, pelumba berusia 18 tahun dari Klang, Selangor itu enggan memandang mudah cabaran dibawa pelumba negara lain, kali ini, meskipun dia mahu memperbaiki pencapaian di New Delhi, tahun lalu.

“Ini adalah penyertaan kedua saya di ACC dan saya mahu gunakan pengalaman di pentas antarabangsa, termasuk di Hong Kong bagi memastikan pencapaian lebih baik dapat diterjemahkan kali ini,” kata Amber yang mengambil bahagian dalam acara pecut berpasukan remaka, pecut individu, 500 meter (m) ujian masa dan keirin.

Pada penampilan pertamanya di ACC tahun lalu, dia meraih pingat perak dalam acara pecut berpasukan, bersama Azwa Nabila Abdullah dan Nyo Ci Hui, pingat gangsa pecut remaja wanita dan tempat keempat acara keirin.

“Di sini, memang saya sasarkan untuk menaiki podium tapi cabaran untuk memburu pingat emas agak getir dengan kehadiran pelumba Korea Sealatan, China dan beberapa negara lain lagi.

“Saya tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka dan perlu berkerja keras lagi.”

Amber Yong raih tiga emas di Hong Kong apabila memenangi perlumbaan keirin remaja wanita di , Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I&II./Pix FB Azizulhasni Awang

Dalam acara pecut berpasukan, Amber bergandingan bersama Nur Alyssa Mohd Farid.

“Sewaktu penampilan pertama ACC di India saya berjaya meraih tempat kedua dalam acara pecut berpasukan dan menamatkan siangan tempat keempat kerin. Pada kejohanan di Malaysia nanti saya meletakkan untuk menaiki podium.

“Saya akui bukan mudah untuk menjelmakan pingat emas di ACC ini kerana ada pencabar hebat seperti Korea, China dan beberapa pelumba dari negara lain yang saya tak pernah berdepan lagi.

“Jadi, saya tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka semua dan perlu bekerja keras sekiranya mahu menewaskan mereka di sini,” katanya.