PRESIDEN Buriram United, Newin Chidchob menegaskan tidak lagi akan menghantar mana-mana pemain bawah 19 tahun dan skuad muda kelabnya ke pasukan kebangsaan.

Ini jawapannya seperti dimuatkan Twitter Thai League Central.

“Secara jujurnya, saya akan pastikan tidak lagi menghantar pemain Buriram B-19 dan pemain muda lain sertai pasukan kebangsaan Thailand.

“Pada masa lalu kami menghantar mereka dan kembali ke pangkuan pasukan dengan keadaan tidak berdisiplin.

“Ada yang kembali dan mula menghisap rokok, berparti dan minuman keras,” ujarnya.

Dia juga merancang menghantar Supachai Chaided, Suphanat Mueanta dan Rattanakorn Maikami ke Leicester City pada akhir musim ini selepas Liga Thai 2022/23 berakhir.

Ini bermaksud tiga pemain mereka tidak akan beraksi di di Kejohanan Piala AFF 2022.