AHLI Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media yang berlangsung di Putrajaya malam ini.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Disember lalu.
Looking forward YBM!!! https://t.co/PraDaDcRAr
— Adam Adli 🏴 (@AdamAdli) December 9, 2022
” Yay, Adam Adli bersama saya di Kementerian Belia dan Sukan ,” tulis Hannah di Twitter.
Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), kemudian membalas Tweet dengan menulis : “Looking forward YBM!!!”
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menewaskan Datuk Mohd Ridhwan (BN), Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (Pejuang); dan Mohd Azrudin Md Idris (PN).
Meskipun pertama kali beraksi di pentas PRU15, namun beberapa kelebihannya tidak boleh dipandang rendah oleh pengundi-pengundi di HTJ.
Selamat menjalankan tugas Yang Berhormat !
Terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim atas kepercayaan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Mohon tunjuk ajar, bimbingan dan doa dari semua.
Jumpa nanti YBM @hannahyeoh dan warga @KBSMalaysia, looking forward! #DemiPertiwi
— Adam Adli 🏴 (@AdamAdli) December 9, 2022