ARTIS Punjabi terkemuka negara, Datuk Sukhjit Singh Gill yang dikenali sebagai Surj, meninggal dunia secara mengejut pada usia 34 tahun, petang ini.
Mendiang cukup terkenal menerusi album Goldkartz terutamanya lagu, Sab Gazab yang mendapat tontonan 34 juta di Youtube dalam tempoh lapan bulan, turut memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa, sehingga digelar sebagai duta Bhangra Malaysia.
Malah beliau muncul artis Malaysia pertama membuat persembahan di Wembley dan membuat album muzik untuk Bollywood.
Mendiang Datuk Sukhjit adalah graduan undang-undang dari Universiti Malaya, adik kepada Ahli Lembaga Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill.
Sukhjit adalah anak bongsu kepada peguam yang berpangkalan di Ipoh, Perak, iaitu Tan Sri Darshan Singh.