FOTO : TERENGGANU FC

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan jadual baharu musim bola sepak Liga Super Malaysia 2023 pada Khamis menandakan saingan paling berprestij arena tempatan akan bermula tidak lama lagi.

Piala Sumbangsih 2023 akan menemukan juara Liga Super ke-9 berturut-turut Johor Darul Ta’zim dan naib juara, Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Mungkin selepas ini, gaya ‘Abang Ultraman’ boleh dilihat secara kerap jika setiap kali Adisak Kraisorn berjaya menyumbat bola ke dalam jaring pasukan lawan !

Adisak Kraisorn, penyerang pasukan kebangsaan Thailand yang baru tiba kelmarin akan memasuki padang mewakili Terengganu dalam perlawanan yang dijangka mencuri tumpuan kedua-dua peminat.

Sang Penyu yang dibimbing Tomislav Steinbruckner akan menjadi pasukan pelawat untuk perlawanan pertama.

Bagaimanapun, finalis Piala FA 2022 itu perlu mencari gelanggang sendiri sebagai gantian terlebih dahulu pada awal musim.

Ia berikutan kerana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak dapat digunakan dalam tempoh tertentu dan akan diumumkan MFL bila boleh kembali beraksi.