PERADUAN Shop More, Win More sempena ulang tahun ke-11 AEON BiG (M) Sdn Bhd, mendapat sambutan kira-kira 30,000 penyertaan, sekali gus membuka peluang kepada pelanggan setianya membawa pulang hadiah utama, Proton X50 Flagship.

Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, penyertaan besar itu tidak dijangka namun beliau berbesar hati dengan sambutan begitu hangat daripada pelanggan AEON BiG dari seluruh negara.

Katanya, selain menghargai pelanggan, pihaknya menjalankan peraduan sampingan, khas untuk kakitangan AEON BiG di mana mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

“Terima kasih kepada semua pelanggan setia AEON BiG yang sudah menyokong kami sejak 11 tahun, sempena peraduan ini, seramai 11 peserta akhir dibawa untuk memenangi dua Proton Saga Premium dan sebuah Proton X50 Flagship.

“Kesemua 11 peserta ini adalah antara 30,000 penyertaan yang diterima di mana mereka ini perlu berbelanja minimum RM111 membeli produk daripada 130 penaja utama peraduan Shop More, Win More di mana-mana cawangan AEON BiG.

“Kami melihat melalui peraduan dan kempen promosi yang dijalankan AEON BiG sepanjang tahun memberi impak kepada peningkatan jualan syarikat.

Pembantu akaun dari Ipoh, Ngeow Bih Lei, 35, menang hadiah utama Proton X50 Flagship.

“Tahun ini, kami bermula dengan Jualan Rahmah dan semenjak itu kami lihat orang ramai semakin mengenali AEON BiG dan kemudian kami beralih ke pelancaran Orange Day,” katanya kepada media selepas penyampaian hadiah Shop More, Win More di AEON BiG Bukit Rimau di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pengarah Proton, Rajendran Nambiappan dan Ketua Sektor (Pencegahan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Md Zaki Abd Samad.

Menurut Sheikh Farouk, strategi pemasaran menerusi kerjasama dengan persatuan-persatuan sukan tanahair, akan diteruskan pada tahun hadapan, memandangkan AEON Big berjaya mendekati masyarakat menerusi penganjuran sukan seperti liga bola sepak Malaysia.

Sementara itu, pembantu akaun dari Ipoh, Ngeow Bih Lei, 35, berjaya membawa pulang hadiah utama peraduan Shop More, Win More AEON BiG berupa Proton X50 Flagship.

Pemenang yang membawa pulang Proton Saga Premium pula, Hoe Ting Hau dan Yap Bee Keng.