TERENGGANU Football Club Sdn Bhd hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Penajaan Musim 2024/2025 bersama syarikat AEON Big (M) Sdn Bhd.

Majlis itu diadakan di Pejabat Pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada Khamis.

Majlis dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak negeri Terengganu, Merangkap Ahli Lembaga Pengarah TFCSB, Datuk Marzuki Sulong, Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Mohd Sabri Bin Abbas dan Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn Bhd, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.

Turut hadir, beberapa pemain utama bagi pasukan Terengganu FC.

May be an image of 1 person and text

Sementara itu, Sheikh Farouk dalam ucapan menyatakan pihaknya sentiasa akan cuba untuk memberikan sumbangan dan sokongan untuk perkembangan sukan bola sepak.

Beliau juga melihatkan kesungguhan kelab Terengganu FC untuk menjalinkan kerjasama strategik ini berjaya menarik minat syarikat ini untuk bekerjasama bagi musim akan datang.

AEON BiG (M) SDN BHD kini mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang AEON BiG di Malaysia dengan menawarkan pelbagai pilihan dan mepunyai nilaian yang sangat baik.

May be an image of 2 people and text

Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi Asean.

Berpandukan kepada falsafah ‘Pelanggan Didahulukan’, pemahaman syarikat yang mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran yang dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON melangkau jangkaan pelanggannya dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali berbelanja.

May be an image of 8 people, people playing soccer and text

Semangat yang terpahat ke atas nama AEON yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, AEON terus berusaha untuk berkolaborasi dengan pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan masyarakat setempat untuk mewujudkan peluang masa hadapan.

FOTO : TFC