PEMAIN tengah Harimau Malaya, Arif Aiman ​​Hanapi telah dicalonkan sebagai 10 pemain ‘Future Star’ dalam Piala Asia AFC 2023 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Arif bermain kesemua tiga perlawanan di peringkat KumpulanE Piala Asia AFC 2023, dan menghasilkan satu jaringan dalam perlawanan yang berkesusahan seri 3-3 menentang Korea Selatan.

“Arif Aiman ​​adalah seorang lagi anak muda yang sedang melakar laluannya melalui aksi Liga Juara-Juara AFC setelah menjaringkan tiga gol dan memberikan dua bantuan dalam kempen kontinental yang cemerlang untuk Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Pemain sayap berusia 21 tahun yang menarik itu memulakan semua perlawanan peringkat kumpulan Harimau Malaya dan berada pada tahap terbaiknya menentang Republik Korea di mana larian dan sepakan penaltinya yang berjaya menjadi sorotan dalam keputusan seri 3-3 yang tidak dapat dilupakan,” tulis AFC.

Pemain lain yang turut tersenarai oleh AFC adalah Abbosbek Fayzullaev (Uzbekistan), Ali Jasim (Iraq), Lee Kang-in (Korea Selatan), Ali Olwan (Jordan), Takefusa Kubo (Jepun), Jordan Bos (Australia), Abdullah Radif (Arab Saudi), Marselino Ferdinan (Indonesia) dan Sultan Adil (UAE).

 

Pemain kelahiran Kuantan, Pahang yang dibentuk dari Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) adalah bintang yang semakin bersinar bersama JDT dan mula menyerlah sejak tahun 2021.

Pada musim lepas, gol yang dijaringkan Arif Aiman meningkat tiga gol dengan 13 bantuan jaringan dan pada musim ini paling menyerlah apabila mucul penjaring terbaik tempatan selepas meledak 12 gol dan 13 bantuan jaringan.

Terdahulu, nama Arif Aiman pernah dikaitkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang menyenaraikan bintang muda negara itu sebagai satu daripada lima pemain yang bakal menjadi tumpuan pada saingan penuh prestij Piala Asia di Qatar, bulan lepas.

Dia juga menjadi antara watak penting buat Harimau Malaya terutamanya menerusi pencapaian hebat ditunjukkan pemain JDT itu pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November tahun lepas.

Ayuh, jom semak senarai dan jangan lupa untuk mengundi Arif Aiman sebagai NEOM Future Star di bahagian bawah artikel AFC. Sesi undian akan tamat pada 19 Februari ini.