PERSATUAN Bolasepak Indonesia (PSSI) menganggap isu ‘jual perlawanan’ di antara Vietnam dan Thailand pada saingan Piala AFF Bawah 19 Tahun (B-19) baru-baru sudah selesai.

Ia sususlan selepas Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) tampil menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa perlawanan di antara Vietnam dan Thailand  itu tidak  mempunyai unsur kesalahan ataupun menipu.

Isu tersebut hangat diperkatakan kerana perlawanan itu menyebabkan Indonesia gagal layak ke peringkat separuh akhir kejohanan, meskipun kedua-dua pasukan berputih mata memandangkan Malaysia yang dikendalikan Hassan Sazali Waras telah muncul juara.

Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan sebelum ini telah menghantar surat bantahan rasmi ke Asean Football Federation (AFF) berkenaan isu tersebut.

Surat tersebut telahpun dibalas AFF dan pihak PSSI gembira kerana surat bantahan yang dikemukan sebelum ini telah diberi maklum balas.

Bagaimanapun PSSI enggan mendedahkan surat balas dari AFF sebagai menghormati perkara sulit antara kedua-dua pihak.

PSSI menghormati akan keputusan tersebut dan menganggap semuanya sudah dijawab dan berharap tiada lagi spekulasi berbangkit yang timbul mengenai isu berkenaan.