SETIAUSAHA Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Afrita Ariany Nasril mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama keluarganya, Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian daripada adiknya “Atikah Farah Nasril” di aplikasi Facebook, Afrita yang juga bekas atlet gimrama negara, bersama suami Nazrul Hazri Aziz dan anak-anak, terlibat kemalangan sekitar jam 9 malam 24 Februari lalu, dipercayai berlaku selepas makan malam.

Perkongsian Atika Farah Nasril mengenai kondisi terkini kakaknya, Afrita Azuryn Nasril yang terlibat kemalangan.

“Kakak Afrita Nasril , abang Nazrul Hazri Aziz  & anak2 terlibat dalam kemalangan di Persiaran Bestari Perdana. Dari Giant Seri Kembangan ke arah PUJ. Pemandu memandu laju dan dalam keadaan mabuk dan melanggar kereta keluarga saya yang sedang berada di roundabout. Minta bantuan untuk sesiapa yang ada recording dashcam yang lebih clear. Kejadian pada 24 Feb, sekitar 9 malam. Terima kasih untuk bantuan,” tulis Atika di akaun Facebook Afrita.

Malah, Atika turut berkongsi perkembangan lanjut kondisi Afrita dan keluarganya sehari selepas itu.

Dia memaklumkan bahawa anak-anak Afrita hanya mengalami kecederaan ringan namun mengalami trauma.

Katanya, Affrita dan suaminya dipindahkan ke hospital KPJ Kajang malah Afrita dan Nazrul mengalami patah kaki, bahu dan tulang rusuk.

Berdasarkan perkongsian video rakaman ‘dashcam’ orang awam yang dikongsi pada ‘wall’ Facebook Afrita, sebuah kereta dipandu laju merempuh bahagian pintu pemandu kereta dinaiki Afrita dan keluarganya.

Perkongsian maklumat daripada akaun Facebook komuniti setempat, kereta yang merempuh itu kenderaan dinaiki Afrita dan keluarga itu, dipercayai dipandu laju dalam keadaan mabuk sebelum merempuh kenderaan mangsa di bulatan (roundabout).