PALESTIN mengesahkan slot ke Pusingan 16 Piala Asia 2023 di Qatar hasil kemenangan sensasi 3-0 ke atas Hong Kong di Stadium Abdullah bin Khalifa pada Selasa.

Oday Dabbagh muncul wira di Doha dengan ledakan dua gol ketom wisel penamat ditiupkan, pemain dan staf Palestin meraikannya di atas padang, berpelukan dan mengibarkan bendera.

Emiriah Arab Bersatu mara di tempat kedua Kumpulan C walaupun tewas 2-1 kepada juara kumpulan, Iran.

Menurut kapten Palestin Musab Al-Battat, ia adalah persembahan yang menunjukkan kepada dunia bahawa pasukannya adalah antara yang terbaik di benua itu.

“Kami mahu menyampaikan mesej kepada dunia bahawa kami berhak untuk menyertai setiap kejohanan bola sepak utama, dan bukan hanya demi penyertaan, tetapi untuk menunjukkan kemahiran kami.

“Kami layak berada di sini,” kata Al-Battats selepas perlawanan.

Bagi pertahanan mereka yang dilahirkan di Gaza, Mahmoud Saleh, wisel akhir sepenuh masa membawa pelbagai emosi.

Saleh adalah salah seorang daripada segelintir pemain dari Gaza yang merupakan sebahagian daripada skuad semasa dan mendedahkan tentang kesukaran bermain dan berlatih sambil tidak dapat mendengar tentang keselamatan keluarganya semasa perang.

Kemenangan itu memberi peluang kepada Saleh, Al-Battat dan rakan sepasukan mereka untuk memastikan lagu Palestin terus dimainkan di stadium, bendera Palestin dikibarkan ribuan dan semangat Palestin dipamerkan untuk tatapan dunia.