SUDAH hampir tapi kemenangan bukan milik mereka.
Itulah makna di sebalik tangisan Aifa Azman, selepas dia dan Mohammad Syafiq Kamal tewas pada final beregu campuran, Sukan Asia Hangzhou.
Beraksi Pusat Expo Antarabangsa Hangzhou, gandingan negara yang diharapkan membawa pulang pingat emas itu, dikecewakan oleh pasangan India, Dipika Pallikal-Harrinder Pal Singh 10-11, 10-11 dalam masa 32 minit.
“Kami memang sasarkan pingat emas tapi set kedua saya banyak lakukan kesilapan, hingga tertinggal 2-9, namun berjaya mengejar dan mendahului 10-9.
Jangan sedih Aifa Azman & Syafiq Kamal.
“Not our day today”
Pingat perak untuk 🇲🇾🇲🇾#SukanAsia2022 pic.twitter.com/qUL01Dv0Ka
— Flash Sukan (@FlashSukan) October 5, 2023
“Kami gagal menutup perlawanan sampai lawan menang, itu membuatkan Aifa kecewa,” kata Aifa yang tetap berbamgga berjaya menyumbang pingat perak.
Sementara itu, Syafiq berkata, dia dan Aifa sudah memberi persembahan 100 peratus.
“Cuma di akhir permainan, kami tak bernasib baik, malah mereka lebih berpengalaman dalam menguruskan tekanan,” kata Syafiq.
Gandingan Aifa-syafiq itu adalah yang ketiga daripada skuasy, selepas pasukan wanita meraih emas manakala pasukan lelaki, perak.