GANDINGAN anak-anak Azman, Aira dan Aifa muncul juara beregu wanita Kejohanan Beregu Asia pertama, apabila mengatasi rakan senegara, Chan Yiwen-Ainaa Amani Ampandi pada final yang berlangsung di Arena Emas, Johor Bahru.
Selain emas dimenangi gandingan adik beradik itu, Malaysia turut memenangi dua perak dan satu gangsa, menerusi beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran (gangsa).
“Kami amat gembira dengan kemenangan ini… sebelum ini saya dan Aira pernah bergandingan di Sukma dan menang emas kali ini kami ulanginya dengan mengalahkan lawan yang sama, iaitu Yiwen dan Ainaa,” kata Aifa yang amat teruja meraih kejuaraan pada kejohanan yang julung kali dianjurkan.
Pada final itu, Aifa-Aira mengatasi Yiwen-Ainaa 11-6, 11-7 dalam masa 21 minit.
Dalam pada itu, gandingan Ong Sai Hung-Mohd Syafiq kamal gagal menggandakan kutipan emas apabila tunduk kepada Abhay Singh-S Velavan, 4-11, 5-11 dalam pertarungan 28 minit.
Pingat gangsa negara pula, disumbangkan Ainaa Amani-Addeen Idrakie.