PENUNGGANG dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz akan terus berjuang untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya.
Untuk Litar Sepang nanti, saingannya bakal menjadi lebih mencabar tetapi Akid yakin dengan pasukan dalam memperbaiki kekurangan semasa dialami di pusingan ketiga.
“Satu kelebihan bersama pasukan ini adalah rakan-rakan sepasukan yang berpengalaman. Dengan itu, saya dapat bincangkan masalah dan kekurangan saya dengan mereka dan bersama-sama cari jalan penyelesaian.
“Dengan pasukan yang berpengalaman, persediaan bagi jentera juga amat baik,” ujarnya.
Di pusingan kedua yang berlangsung di Jempol, dia meraih tempat kedua dan di pusingan tiga di Jasin, Akid telah meraih kemenangan pertamanya buat musim ini.
Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix, pusingan keempat akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini.