PERLAWANAN Liga Super antara Kelantan United FC (KUFC) dengan Kelantan FC yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini, ditunda 30 minit susulan hujan lebat berterusan dan faktor cuaca.

Pengumuman penangguhan itu dibuat oleh pegawai bertugas pada jam 9.45 malam.

Terdahulu, pengadil perlawanan, Khairul Syahmi Ahmad Khalidi memberhentikan perlawanan pada minit ke-37, selepas hujan yang mula turun sejak awal permainan babak pertama disusuli kilat yang boleh mengancam keselamatan pemain.

Ketika perlawanan dihentikan Kelantan United sedang mendahului dua jaringan menerusi gol Devid Silva m-21 dan OJ Porteria m-26.