PRESIDEN Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa mengucapkan tahniah kepada 11 pasukan Asia yang mengesahkan tempat mereka di Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia AFC 2023 pada Selasa.

Perjalanan edisi ke-18 bermula pada 6 Jun 2019 di Mongolia dan aksi mendebarkan di Kuwait, telah menamatkan perjalanan kelayakan yang menjangkau lebih tiga tahun.

Sebanyak 24 pasukan bertarung dalam 36 perlawanan sepanjang tiga perlawanan di enam venue berpusat seperti Bahrain, Hong Kong, India, Indonesia, Jordan, Republik Kyrgyzstan, Malaysia, Palestin, Tajikistan, Thailand dan Uzbekistan mengesahkan laluan mereka dalam kejohanan peringkat benua itu.

“Bagi pihak keluarga bola sepak Asia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada 11 Ahli Persatuan kami yang berjaya merangkul tempat mereka dalam Piala Asia AFC 2023.

“Tidak dinafikan bahawa kelayakan ini akan diingati sebagai yang paling mencabar dalam sejarah bola sepak Asia dan keupayaan kami untuk mengatasi kesukaran adalah satu penghormatan kepada ketabahan dan solidariti Ahli Persatuan kami,” katanya.

Pandemik COVID-19 telah mengehadkan pusingan kedua kelayakan AFC kepada empat perlawanan dari November 2019 hingga Mei 2021.

Tetapi selepas perancangan yang teliti dan pertimbangan, 57 perlawanan telah dimainkan selama 19 hari merentasi tujuh venue berpusat, yang berakhir pada 15 Jun 2021, menandakan satu lagi tanda jelas pemulihan bola sepak Asia.

11 pasukan yang layak telah menyertai juara 2015 Australia, China, Iran, Iraq, juara empat kali Jepun, Republik Korea, Lubnan, Oman, juara bertahan Qatar, pemegang gelaran tiga kali Arab Saudi, Syria serta Emiriah Arab Emirates dan juga Vietnam di peringkat akhir.