SENGIT dan perlawanan yang cukup mencabar fizikal. Begitulah boleh digambarkan situasi perlawanan antara Uruguay dan Korea Selatan.

Korea Selatan lebih banyak mengawal perlawanan di babak pertama dengan 50.3 peratus penguasaan.

Namun hanya satu cubaan tepat ke sasaran dibabak pertama dan ia milik Uruguay namun sekadar menggegar palang, sekali gus separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Diego Godin hampir menjaringkan gol pertama Uruguay pada minit ke-44.

Drama yang seakan sama bersambung di babak kedua apabila kedua-dua pasukan memburu gol dan bertahan dengan baik.

Sehinggalah minit ke-71, Edinson Cavani melepaskan rembatan pertahanan Korea Selatan berjaya menyekat bola dari menerjah jaring, dan berlaku situasi cemas kerana bola kembali ke kaki pemain Uruguay.

Menyedari perlukan taktikal baru, jurulatih Korea Selatan, Paul Bento melakukan tiga pertukaran serentak pada minit ke-76.

Lee Jae-sung, Hwang Ui-ji dan Na Sang-ho dikeluarkan dan rangkaian Jun-ho, Gue-sung dan Kang-in dimasukkan.

Namun perlawanan kekal tanpa jaringan sehingga pengadil perlawanan memberi isyarat permainan dilanjutkan ke tujuh minit masa tambahan.

Penjaga gol Korea Selatan Kim Seung-Gyu melayangkan badan menyelamatkan situasi berbahaya di hadapan gawang Korea Selatan.

Perlawanan tegang itu hampir berakhir dengan beberapa gol lewat tetapi dinafikan pertahanan kedua-dua pasukan namun tiada jaringan terhasil sehingga wisel penamat sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Memang sukar untuk melihat pasukan mana yang lebih menguasai dalam kumpulan H ini.