HANYA penentuan penalti bagi menyaksikan juara final Liga M3 yang memihak kepada PIB FC di Stadium Bola Sepak Cheras, Sabtu malam.

PIB FC berjaya menyempurkan penentuan penalti dengan keputusan 5-3 ke atas KL Rovers.

Dalam tempoh perlawanan sebenar, KL Rovers berjaya membuka gol pertama menerusi Muhammad Hadi Mezei pada minit ke-50 perlawanan.

Namun pada minit ke-81 Muhammad Khairu Anwar berjaya menyamakan kedudukan sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Bagaimanapun tempoh tersebut tidak cukup untuk kedua-dua pasukan mencari gol sehingga penentuan penalti dilaksanakan.

Anak buah K. Ramachandran itu ternyata tidak mensia-siakan peluang terakhir bagi PIB FC yang sekaligus menyaksikan peluang untuk beraksi di pentas Liga Super menerusi aksi play-off di antara pasukan juara dan naib juara Liga M3 musim 2022 dengan dua pasukan paling bawah Liga Premier (berdasarkan format baharu Liga Malaysia 2023).

Bagaimana pun kelayakan kelab Liga M3 menyertai Liga Super musim ini ataupun musim-musim seterusnya wajib memenuhi syarat-syarat Peraturan Pelesenan Kelab dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah sebelum diterima masuk ke Liga Super.