KELAB Arab Saudi, Al-Nassr yang menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak dunia selepas menandatangani Cristiano Ronaldo dari Manchester United menjawab pertuduhan yang dilemparkan kepada mereka yang dikatakan mempunyai kepentingan lain selain dari kecemerlangan dalam bola sepak.
Al-Nassr dikatakan menggunakan Cristiano Ronaldo untuk dijadikan sebagai duta bola sepak Arab Saudi untuk mempromosikan negara itu dalam usaha mereka membida hak penganjuran Piala Dunia 2030.
Dalam kontrak Cristiano Ronaldo di Al Nassr, dituding jika mantan pemain Manchester United itu dijadikan sebagai duta sepak bola Arab Saudi demi tuan rumah Piala Dunia 2030.
Al Nassr FC would like to clarify that contrary to news reports, Cristiano Ronaldo's contract with Al Nassr does not entail commitments to any World Cup bids.
His main focus is on Al Nassr and to work with his teammates to help the club achieve success.
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 10, 2023
Untuk menjawab pertuduhan yang dilemparkan itu, kelab yang berpangkalan di Riyadh itu mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan perkara itu tidak benar dan Ronaldo dibawa ke situ untuk membantu kelab mencapai kejayaan.
“Al Nassr FC ingin menjelaskan bahawa bertentangan dengan laporan berita, kontrak Cristiano Ronaldo dengan Al Nassr tidak memerlukan komitmennya untuk proses bidaan Piala Dunia.
“Fokus utama Ronaldo adalah kepada Al-Nassr serta berkerja bersama-sama teman sepasukan untuk membantu kelab ini mencapai kejayaan,” tulis kenyataan itu.
Sementara itu, sehingga hari ini, Persatuan Bola Sepak Arab Saudi belum memutuskan sama ada mereka akan menawarkan diri sebagai penganjur Piala Dunia 2030 secara bersendiri atau bergabung bersama Greece dan Mesir.
Arab Saudi sebelum ini telah diumumkan sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Piala Asia 2027 dan ini adalah persediaan awal negara Teluk itu untuk menawarkan diri sebagai penganjur Piala Dunia 2030.
Proses penawaran tuan rumah Piala Dunia 2030 akan dimulakan akhir tahun ini sebelum pemenang bidaan tuan rumah Piala Dunia 2030 akan diumumkan pada 2024.
Ketika Piala Dunia FIFA Qatar 2022, Arab Saudi mencita kejutan terbesar kejohanan itu selepas menewaskan Argentina 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan namun gagal ke pusingan 16 terbaik.