PASANGAN boling padang wanita negara, Aleena Nawawi dan Nur Ain Nabilah Tarmizi berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia.

Mereka menewaskan pemain Malta, Rebecca Rixon dan Connie-Leigh Rixon 15-11 dalam perlawanan akhir di Gold Coast, Australia pada Sabtu.

Ini adalah pingat emas pertama Malaysia dalam Kejohanan Boling Padang Dunia tahun ini sejak penganjuran sulung pada tahun 1966.

 

Kemenangan itu sekali gus mengatasi pencapaian terbaik kem wanita negara yang meraih perak dalam acara fours pada edisi 2012 di Adelaide, Australia.

Terdahulu, Idham Amin Ramlee dan Izzat Dzulkeplee memenangi pingat gangsa lelaki.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dunia adalah menerusi Safuan Said dalam acara perseorangan lelaki pada 2008 di Christchurch, New Zealand.