KERISAUAN keadaan pemain Selangor FC (SFC) dan kebangsaan Faisal Halim hari ini sedikit terubat selepas dimaklumkan bahawa dia sudah menunjukkan tindakan positif.

Menurut Timbalan Presiden SFC Datuk Shahril Mokhtar, pemain kelahiran Pulau Pinang itu sudah memberi tindak balas positif yang membanggakan.

“Alhamdullilah. Saya difahamkan pagi tadi ketika melawat bersama Raja Muda Selangor  (Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah) Faisal Halim dah boleh makan, dia dah mula bersemangat nak bangun, nak buat latihan normal bola sepak sendiri.

Shahril ditemui media selepas melawat Faisal pada Rabu.

“Sangat-sangat membanggakan sebab saya fikir dia sangat kuat,” jelasnya kepada media selepas menziarahi pemain berusia 26 itu bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi SFC pada Rabu.

Faisal yang menjalani pembedahah kedua semalam (Selasa) dijangka terus dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Sebagai rekod, pemain saya Harimau Malaya ini mengalami kecederaan agak serius selepas disimbah cecair asid ketika keluar bersama keluarganya Ahad lalu di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.