FOTO : ZK Racing

PELUMBA muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril seakan memberi amaran kembali semula dalam prestasi sebenar apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh pada Kejuaraan Dunia Junior GP semalam.

Dalam perlumbaan pusingan ketiga JuniorGP di Litar Ricardo Tormo di Litar Jerez, Sepanyol, Danial yang bermula di petak ke-10 dan berjaya mengumpul sembilan mata pertamanya musim ini.

“Gembira dapat kembali berlumba selepas sebulan tidak menunggang jentera. Berjaya mengutip mata untuk kedua-dua perlumbaan.

“Saya akan terus berusaha gigih,” katanya.

Namun, hajat Danial Syahmi melakar kebangkitan pada Perlumbaan 2 tidak menjadi kenyataan apabila pelumba pasukan Asia Talent Team yang baru pulih dari kecederaan itu sekadar mengakhiri saingan tempat ke-15.

Angel Piqueras dari pasukan Estrella Galicia mengungguli carta kedudukan pelumba dengan 111 mata manakala Danila yang kali pertama bersaing sejurus pulih daripada kecederaan menduduki tangga ke-18 dengan meraih 10 mata.

Seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramli gagal menaiki podium apabila terjatuh semasa beraksi dalam kelas European Talent Cup (ETC).