PENYERANG berpengalaman Sabah FC, Amri Yahyah akan mengakhiri karier profesional sebagai pemain bola sepak pada aksi terakhir Liga Super menentang Kedah Darul Aman di Likas pada Ahad.

Amri yang disenangi para penyokong The Rhinos telah bermain bersama pasukan Sabah selama tiga musim bermula tahun 2021 hingga 2023.

“Sepanjang bermain bersama pasukan Sabah FC, dia sentiasa menjadi role model kepada pemain lain atas komitmen dan kesungguhan apabila turun bermain.

“Selain itu sosok legenda ini turut disenangi oleh peminat ataupun penyokong dengan menggelar dirinya sebagai ‘Ketua kampung Likas’ , ” menurut kenyataan Sabah FC.

May be an illustration of 10 people, people playing American football, people playing football and textBagi peringkat kebangsaan pula, anak jati Tanjung Karang itu melakukan debut di pentas antarabangsa pada 8 September 2004 ketika berusia 23 tahun apabila masuk sebagai pemain gantian ketika skuad Harimau Malaya kendalian Bertalan Bicskei tewas 1-0 kepada China pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2006 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Di sepanjang karier antabangsanya selama 13 tahun, Amri telah mengumpul sebanyak 63 caps bersama skuad Harimau Malaya sehinggalah aksi terakhirnya pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun 2017 ketika usia 36 tahun.

“Buat Amri Yahyah, terima kasih atas segala curah bakti kepada pasukan Sabah FC dan Malaysia. Dimanapun anda berada, anda tatap legenda si hati pencinta bola sepak Sabah dan Malaysia.

“Kepada semua penyokong Sabah FC, ayuh penuhkan stadium Likas pada perlawanan esok sebagai tanda terima kasih serta malam perpisahan kita bersama lagenda Amri Yahyah,” katanya.