AMRINDER Singh mahu India mempamerkan aksi terbaik apabila menentang Uzbekistan dalam Kumpulan B Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Ahmad Bin Ali.

Pasukan Asia Selatan itu perlu bangkit daripada kekalahan 2-0 kepada Australia pada perlawanan pertama dan perlu bersedia untuk ujian lain memandangkan Otabek Shukurov percaya Uzbekistan bersedia untuk memastikan tiga mata.

“Perlawanan esok adalah penting untuk India, dan pemain telah pulih. Kami tidak sabar menunggu perlawanan, memahami kepentingannya.

“Tidak kira bila atau di mana kami bermain, peminat adalah penting. Ini sebabnya kami berusaha untuk penambahbaikan, tidak pernah berasa seperti kami bermain di tempat lain.

“Perlawanan sebelum ini, ramai peminat yang hadir, dan kami berharap, kehadiran yang lebih besar dalam perlawanan akan datang.

“Apabila saya mendapat peluang, saya akan memberikan yang terbaik. Penting bagi kami untuk terus menyokong satu sama lain, itulah cara kami meningkatkan prestasi,” jelasnya.

Semenata itu, Shukurov berkata pertembungan menentang India akan menterjemah persembahan terbaik bagi Uzbekistan.

“Mengenai perlawanan pertama, walaupun kami tidak memperoleh kemenangan, kami juga mengelak kekalahan. Pertahanan Syria terbukti sangat tersusun. Bagaimanapun, kami mempunyai peluang untuk layak dan optimis untuk mencapai keputusan terbaik dalam perlawanan akan datang,” kata pemain tengah Fatih Karagumruk.

“Kami sedang menganalisis pasukan India. Mereka sebuah pasukan yang berdisiplin, beraksi cemerlang menentang Australia sehingga kesilapan penjaga gol.

“Kami berhasrat untuk mempamerkan prestasi terbaik di padang, kerana ianya penting.

“Dari sudut taktikal, jurulatih mempunyai pemahaman yang lebih baik berbanding pemain. Walau bagaimanapun, setiap permainan memberikan peluang baharu untuk mempamerkan kebolehan mereka. Menyedari kekecewaan peminat selepas perlawanan Syria, kami berazam untuk menunjukkan peningkatan dan meyakinkan rakan, keluarga dan penyokong bahawa kami boleh beraksi di peringkat yang lebih tinggi.”