SKUAD bola sepak lelaki Malaysia B-22 mengakhiri kempen Sukan SEA 2023 dengan nota kemenangan apabila mudah membelasah Singapura, 7-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Prince, di sini.
Biarpun perlawanan itu tidak memberi sebarang erti, namun ia amat bernilai buat pemain E Elavarasan yang berjaya meraih tiga mata keseluruhan di temasya dwitahunan kali ini.
Dua gol terhasil pada babak pertama. T. Saravanan membuka akaun jaringan m14’ sebelum Haqimi Azim menggandakan kedudukan m-45’+2’.
Bersambung aksi berikutnya, tiada tanda-tanda Harimau Malaya B-22 mengendurkan asakan. Tiga lagi gawang Singapura bergegar, dijaringkan Saravanan yang mencipta hatrik m48, 53 sebelum menambah koleksi peribadi gol m-62.
Kumpulan B
Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023FT : SINGAPURA 🇸🇬 0-7 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ T. Saravanan 14’, 48, 53, 62, Haqimi Azim 45’+2’, Mukhairi Ajmal 88', Aiman Afif 90'+3'#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/kr1bKvYClY
— Flash Sukan (@FlashSukan) May 11, 2023
Kapten negara, Mukhairi Ajmal dan pemain gantian tidak ketinggalan melengkapkan pesta jaringan di Phnom Penh pada penghujung permainan, untuk gol keenam dan ketujuh Malaysia petang ini.
Secara keseluruhannya, pasukan negara berada pada kedudukan ketiga terbaik di belakang Thailand dan Vietnam yang awal-awal lagi mengesahkan slot ke separuh akhir.