SKUAD kebangsaan negara berhempas pulas untuk  menjuarai Pestabola Merdeka edisi ke-43 selepas menang ke atas Filipina dan Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil  minggu ini.

MALAYSIA VS FILIPINA

Filipina awalnya mendahului dengan satu gol namun skuad kendalian Pau Marti berjaya bangkit dan menang 2-1 pada separuh masa kedua.

1) Boikot bunuh suasana penyokong

Perlawanan separuh akhir Pestabola Merdeka antara Harimau Malaya dan Filipina berlangsung dalam suasana yang agak hambar.

Jumlah penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya dianggarkan sekitar 7,000 lebih, jauh lebih sedikit berbanding perlawanan-perlawanan terdahulu.

Ketiadaan Ultras Malaya, yang sering menjadi tulang belakang sorakan penyokong, turut memberikan kesan yang jelas terhadap suasana di stadium.

2) Kelemahan penyudah yang tumpul 

Malaysia turun dengan dua pemain sayap yang mempunyai larian pantas iaitu Arif Aiman di bahagian kanan dan akhyar Rasyid di bahagian kiri serta penyerang tumpuan Romel Morales dengan mengharapkan tekanan yang akan dijanakan oleh tiga serangkai penyerang negara ke atas pertahanan Filipina.

Dan ketika proses ini cuba dilakukan, ternyata Malaysia seakan-akan buntu untuk menembusi pertahan lawan.

Secara amnya, tekanan yang diterapkan oleh Malaysia dalam perlawanan ini kurang berkesan.

Pasukan lawan berjaya melepasi blok tekanan dengan baik, dan setiap kali mereka melakukannya, kelemahan ruang di belakang bek sisi menjadi terdedah, yang turut menyumbang kepada gol pertama Filipina.

Ruang besar yang ditinggalkan dapat dilihat dengan jelas di bahagian kiri dan kanan garisan pertahanan akhir.

Ini struktur zonal marking sebelum gol pertama terhasil. Bagaimana situasi dalam kotak penalti adalah 6 v 4 sepatutnya kelebihan buat Malaysia untuk memenangi bola. Namun lihat ruang yang diberikan pada pemain lawan di kiri dan kanan kotak penalti.

2) Malaysia tiada pakar bola mati

Pada separuh masa pertama, pasukan negara dihadiahkan dua kali sepakan percuma berjarak 40 meter dari gol lawan, namun sepakan pemain tengah KL City FC, Paulo Jouse jauh tersasar melangit setiap kali diberikan peluang.

Pasukan Harimau Malaya kini perlukan seseorang yang mempunyai vision yang luas dalam sepakan bola mati. Kali terakhir Malaysia mempunyai pemain yang pakar dalam sepakan percuma ialah Safiq Rahim yang kini merupakan pemain tengah kepada kelab Johor Darul Ta’zim.

Sepakan percuma yang kedua jaraknya cuma 40.3 meter sekadar melambung tinggi dan peluang yang disia-siakan.

3) Sepakan penalti selamatkan maruah Malaysia

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, Malaysia mula mengawal permainan di atas padang dan melancarkan serangan balas ke arah gawang lawan. Namun begitu, mereka gagal mencipta dan menggandakan gol kemenangan yang diperlukan.

Safawi menyempurnakan sepakan penalti dan membawa malaysia ke final Pestabola Merdeka 2024.

Namun, pada minit ke-73, Malaysia berjaya memperoleh sepakan penalti selepas Arif Aiman diterjah dan dijatuhkan dalam kotak penalti.

Hasilnya, Malaysia berjaya menggandakan jaringan menerusi Safawi Rasid yang dimasukkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua yang juga menjadi gol kemenangan melayakkan Harimau Malaya ke final.

MALAYSIA VS LUBNAN

Malaysia berjaya menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lubnan dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan akhir hasil jaringan tunggal Romel Morales yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

1) Pertukaran 5 pemain impak perlawanan

Pengendali pasukan, Pau Marti Vicente, membuat beberapa perubahan dalam barisan pemain dengan memasukkan Dominic Tan, Nooa Laine, Safawi Rasid, Endrick Dos Santos, dan Syafiq Ahmad dalam kesebelasan utama menggantikan Feroz Baharuddin, Daniel Ting, Afiq Fazail, Arif Aiman Hanapi, Paulo Josue, dan Akhyar Rashid yang bermula dalam aksi menentang Filipina sebelumnya.

Percaturan ini ternyata berhasil apabila pemain negara mempamerkan permainan yang teratur dan menguasai perlawanan meskipun keadaan padang tidak begitu memuaskan.

Skuad negara hampir mencipta peluang gol seawal minit ketujuh melalui sepakan percuma Safawi Rasid, namun penjaga gol lawan, Mehdi Khalil, berjaya menepis keluar percubaan tersebut.

2) Kurang peluang dan pendedahan kepada bakat muda.

Ketandusan peluang untuk pemain muda berbakat seperti Haqimi Azim dan Saravanan dalam skuad kebangsaan.

Walaupun ramai yang berharap kehadiran Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih akan membawa perubahan positif, kebanyakan penyokong merasakan pemain-pemain yang sama terus diberi peluang, mengabaikan potensi pemain muda.

Salah seorang penyokong meluahkan kekecewaannya mengenai trend ini, dengan menyebut bahawa dari era jurulatih Ong Kim Swee (OKS), Nelo Vingada, Tan Cheng Hoe, hingga ke Kim Pan-gon, pemain seperti Akhyar Rashid masih terus menjadi pilihan utama.

Menurutnya, pemain seperti Akhyar diberi peluang berkali-kali walaupun prestasi mereka tidak memuaskan, dan ini menghalang kemajuan pemain muda yang berbakat.

“Kita tidak dapat melihat pemain muda naik. Suatu ketika dulu, saya fikir Saravanan dan Haqimi adalah masa depan penyerang Harimau Malaya. Tapi sekarang, Saravanan pula sudah hilang dari radar selepas menyertai Sri Pahang FC,” ujar penyokong tersebut.

Dia juga melontarkan pandangannya mengenai insiden dalam perlawanan semalam, di mana Akhyar dikatakan merosakkan rentak permainan selepas dimasukkan ke padang.

Akhyar terduduk kecewa selepas percubaan 1v1 dengan penjaga goal Lubnan gagal disempurnakan.

“Akhyar masuk memang spoil the game. Nak kena suap bola macam mana lagi kat dia?” luahnya dengan nada kecewa, mencerminkan pandangan sebahagian besar penyokong yang menginginkan perubahan dan peningkatan dalam skuad kebangsaan.

3)  Safawi , Syafiq bangkit jadi pilihan

Selepas beberapa musim, Syafiq Ahmad dan safawi Rasid kurang diberikan peluang untuk menjenterai kesebelasan utama skuad kebangsaan, kerana kurang diberi peluang minit perlawanan dalam liga kita yang penuh dengan pemain import.

Kesungguhan yang ditonjolkan dalam liga super Malaysia kini membuka mata pengendali negara untuk memberikan peluang kepada dua pemain ini untuk mengetuai barisan hadapan di dalam perlawanan akhir malam tadi.

Safawi mohon maaf ke atas rakan sepasukannya ketika gagal menjaringkan gol.

Safawi yang kini berada di belakang dua bekas penyerang negara iaitu Safee Sali dan James Wong dengan masing-masing mengumpul 23 gol di peringkat antarabangsa.

4) Persediaan menentang New Zealand

Dengan skuad yang Pau Marti kumpulkan ketika ini, jelas terdapat kualiti untuk skuad negara terus mara ke hadapan. Malaysia akan berhadapan dengan pasukan New Zealand Oktober depan. skuad depth perlu diperluaskan lagi dan Pau Marti masih ada masa untuk mengasah taktikal pasukan negara sebelum terbang ke Auckland.

Pertemuan terakhir Harimau Malaya tewas 2-1 terhadap New Zealand pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006, jaringan tunggal negara dihasilkan oleh penyerang, Safee Sali : gettyimage

Skuad Harimau Malaya yang ketika ini berada di ranking ke-134 dunia terdahulu berpeluang untuk memperbaiki mata ranking FIFA apabila berdepan pasukan ranking ke-94 dunia New Zealand dan mempersiapkan pasukan terbaik untuk kempen kelayakan Piala Asia Saudi 2027.