PENGURUS pasukan England, Gareth Southgate menyifatkan rentetan insiden keganasan melibatkan penyokong, pemain serta jurulatih adalah sesuatu yang memalukan dalam dunia bolasepak Inggeris.

Dia kecewa dengan sikap sebahagian penyokong England yang berkelakuan buruk dan mencemarkan negara nama baik negara tersebut.

Jelasnya, insiden tersebut telah mencoret sejarah hitam buat England dan memberi tanggapan negatif masyarakat luar terhadap rakyat negara Eropah itu.

Sikap hooliganism sebegini kebiasaannya berlaku di negara lain, namun kini England termasuk dalam senarai tersebut.

Dia berkata tidak ada gunanya sekiranya dia terus menyeru rakyat untuk menjaga perlakuan  tetapi mereka mengambil mudah dan menikmati melakukan keganasan.

“Anda memalukan rakyat England dengan kelakuan buruk dan memberi masalah sekiranya rakyat England pergi ke mana-mana negara.

“Nama kita telah buruk, dan mereka yang menyaksikan kita pada perlawanan final sudah tentu merasakan itu adalah perangai sebenar masyarakat England.

“Kebiasaannya keganasan sebegini berlaku di negara lain tetapi kini kita adalah sebahagian dari negara tersebut. Tiada gunanya saya menasihati semua untuk tidak membuat keganasan, jika mereka tidak ambil peduli dan terus melakukan perkara yang sama, ” ujarnya.

Insiden Patrick Vieira menendang penyokong,  Billy Sharp ditanduk penyokong serta Robin Olsen yang diserang penyokong jelas meninggalkan impak terhadap sukan bolasepak secara global.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak England telah dijatuhkan hukuman untuk beraksi tanpa penonton bagi satu perlawanan menentang Italy dalam Nation’s League bulan hadapan.