JAGUH tenis British, Andy Murray kini dalam persiapannya untuk ke Wimbledon apabila berjaya menempah tiket separuh akhir dalam Trofi Lexus Surbiton di United Kingdom.

Murray yang juga dinobatkan sebagai pemain nombor satu Britain oleh Katie Boulter bangkit menewaskan Jason Kubler sekali gus mara ke separuh akhir.

Pemain yang berusia 36 tahun itu kekal sebagai pemain perseorangan telah menewaskan pemain Australia dengan 3-6, 6-3, 6-4 dalam persiapan untuk ke Wimbledon bulan depan.

Dalam masa yang sama, dia juga akan berdepan dengan pemain yang juga dari Australia, Jordan Thompson dalam memastikan mendapat tempat final pada Ahad.

“Saya sudah pergi sejauh ini dan semoga saya dapat melangkah dengan lebih jauh lagi berbanding tahun lalu,” katanya.

Dalam masa yang sama, Murray yang berada di kedudukan 43 dunia perlu memutuskan untuk bermain dengan memilih bermain di Rothesay Open, Nottingham atau Stuttgart Open.

Acara tahun lalu di Jerman, Murray berjaya mengalahkan permain Stefanos Tsitsipas dan peserta Wimbledon, Nick Kyrgios sebelum tewas kepada Matteo Berrettini dari Itali pada final.

Penampilan Murray di kejohanan Stuttgart Open tahun lepas.

“Saya perlu membuat keputusan sama ada saya akan pergi ke Nottingham atau Stuttgart. Ada kebaikan dan keburukan untuk kedua-duanya.

“Terdapat ganjaran yang lebih tinggi di Stuttgart dan Nottingham, perjalanan yang lebih sedikit dan gelanggang mungkin hampir sama dengan Queens serta Wimbledon.

“Saya suka pada kejohanan di Stuttgart tahun lalu dan saya bermain dengan sangat baik di sana. Jadi saya berharap saya dapat membuat keputusan sebelum hari Jumaat,” jelas Murray.