TRIO England, Leah Williamson, Beth Mead dan Keira Walsh mengiringi  Kapten Argentina, Lionel Messi sebagai calon untuk Anugerah Pencalonan Terbaik Fifa 2022.

Manakala, pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham turut tersenarai dalam senarai pendek calon lelaki seiring dengan Luka Modric dan Karim Benzema.

Bagi kategori wanita pula, pemain Chelsea, Sam Kerr dan Jessie Fleming turut tercalon bagi anugerah kali ini.

Sementara itu, anugerah jurulatih terbaik pula dicalonkan kepada Sarina Wiegman, Pep Guardiola dan Emma Hayes yang menjadi tunjang kepada kejayaan pasukan masing-masing.

Turut tersenarai dalam senarai tersebut adalah pemain Maghribi, Walid Regragui ekoran kejayaan mencipta sejarah pasukan Afrika pertama berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Undian oleh peminat dibuka sehingga 3 Februari bagi menentukan tiga finalis bagi setiap kategori.

Pemenang kemudian akan ditentukan oleh juri yang terdiri daripada pengendali dan kapten skuad kebangsaan, wartawan serta peminat bola sepak.