KELAB Manchester United sedang mempertimbangkan pengambilan bekas pemain Aston Villa, Anwar El Ghazi yang juga baru meninggalkan kelab PSV Eindhoven berhubung krisis yang menimpa Antony Matheus dan Jadon Sancho.
El Ghazi yang berusia 28 tahun mengumumkan pengundurannya dari PSV Eindhoven dan ini memberikan peluang kepada Manchester United untuk merebut pemain tersebut walaupun di luar tempoh perpindahan pemain.
United yang kini dahagakan pemain untuk menjadi solusi di bahagian sayap kanan telah memikirkan untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Antony dicalit dengan kontroversi dakwaan melakukan serangan terhadap bekas teman wanitanya, Gabriela Cavallin manakala penglibatan Jadon Sancho di kelab juga semakin kabur setelah konfliknya dengan pengurus kelab menjadi perhatian umum.
Pengurus Erik Ten Hag baru-baru ini mengadakan pertemuan pertama bersama Sancho sejak pemain itu mengutuknya di laman media sosial milik pemain itu.
Sementara itu, Antony juga masih belum dapat membersihkan namanya daripada tuduhan yang dilontarkan oleh bekas kekasihnya dan kes itu dalam siasatan pihak berkuasa di Manchester dan San Paulo.